Pesawat China terhempas: Kotak hitam kedua berjaya dijumpai

Pesawat China terhempas: Kotak hitam kedua berjaya dijumpai

Kotak hitam pertama, dipercayai perakam suara bahagian kokpit berjaya ditemui pada Rabu.

Semua 132 penumpang dan anak kapal disahkan terkorban. (Gambar AP)
NANNING:
Kotak hitam kedua pesawat China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China berjaya dijumpai pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan ibu pejabat tindak balas kecemasan negara.

Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming di barat daya China, dalam perjalanan menuju ke Guangzhou, terhempas di kawasan pergunungan daerah Tengxian, Guangxi, pada 2.38 petang Isnin.

Semua 132 penumpang dan anak kapal disahkan terkorban.

Kotak hitam pertama, dipercayai perakam suara bahagian kokpit berjaya ditemui pada Rabu.

Kerja-kerja memuat turun dan menganalisis data dari kotak hitam pertama kini giat dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.