Singapura jangka Omicron akan menyebabkan gelombang lebih besar berbanding Delta

Singapura jangka Omicron akan menyebabkan gelombang lebih besar berbanding Delta

Negara dengan kepadatan 5.5 juta penduduk itu hanya membenarkan mereka yang sudah menerima vaksin lengkap untuk memasuki pusat beli-belah atau makan di restoran dan gerai.

Minggu lalu, Singapura merekodkan 1,281 kes jangkitan Covid-19 berpunca dari varian Omicron, membabitkan 1,048 individu dari luar negara dan 233 kes tempatan. (Gambar AP)
SINGAPURA:
Singapura menjangkakan varian Omicron menyebabkan gelombang lebih besar berbanding Delta, kata Kementerian Kesihatan republik itu sambil menambah bahawa dos penggalak diperlukan untuk individu dewasa mengekalkan status vaksinasi mereka.

Mulai 14 Feb, individu layak berumur 18 tahun dan ke atas sepatutnya menerima dos penggalak selewat-lewatnya 270 hari selepas dos terakhir dalam siri vaksinasi primer untuk terus dianggap telah divaksin sepenuhnya, kata kementerian itu.

Negara dengan kepadatan 5.5 juta penduduk itu hanya membenarkan mereka yang sudah menerima vaksin lengkap untuk memasuki pusat beli-belah atau makan di restoran dan gerai.

Minggu lalu, ia merekodkan 1,281 kes jangkitan Covid-19 berpunca dari varian Omicron, membabitkan 1,048 individu dari luar negara dan 233 kes tempatan. Angka itu adalah 18% daripada jumlah jangkitan keseluruhan minggu lalu

Varian Delta mencapai kemuncak dengan 5,000 kes harian manakala, Omicron mungkin boleh melepasi angka berkenaan dengan keadaan terburuk mencecah 10,000 hingga 15,000 sehari, kata Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Singapura, Kenneth Mak kepada pemberita.

Nisbah jangkitan minggu ke minggu negara mencecah 1.09 pada hari Selasa, kali pertama dalam hampir dua bulan kadar itu melepasi 1, yang menunjukkan jumlah kes minggu baharu tempatan Covid-19 meningkat.

Pihak berkuasa pada Rabu lalu berkata, situasi Covid-19 kekal terkawal dan mereka akan mengekalkan peraturan semasa Covid-19, seperti mengehadkan perhimpunan sosial kepada lima orang ketika jangkaan gelombang Omicron dan ketika tempoh sambutan Tahun Baharu Cina, iaitu kira-kira sebulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.