Ketua jurulatih bola sepak universiti dipecat kerana tolak vaksin

Ketua jurulatih bola sepak universiti dipecat kerana tolak vaksin

Empat pembantu jurulatih Washington State University turut dipecat atas sebab sama.

Nick Rolovich dilaporkan cuba memohon pengecualian daripada mandat vaksin Washington atas alasan agama, tetapi tidak diluluskan. (Gambar AP)
LOS ANGELES:
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Washington State University (WSU) dipecat bersama empat pembantu jurulatih kerana enggan menerima vaksin Covid-19.

WSU mengesahkan Nick Rolovich dipecat daripada jawatannya yang dibayar gaji ASD3.2 juta setahun selepas tarikh akhir untuk semua pekerja di Washington divaksin atau mendapatkan pengecualian berakhir.

Julai lalu, jurulatih berusia 42 tahun itu berkata, beliau tidak akan mengambil vaksin Covid-19 atas “alasan yang akan kekal dirahsiakan”.

Beliau turut dilaporkan cuba memohon pengecualian daripada mandat vaksin Washington atas alasan agama, tetapi tidak diluluskan.

Kenyataan yang dikeluarkan pada lewat Isnin lalu berkata, Rolovich “tidak lagi mampu menjalankan tugasnya sebagai ketua jurulatih bola sepak”.

“Ini hari yang menyedihkan bagi program bola sepak kami,” kata Pengarah Atlet WSU, Pat Chun dalam kenyataan.

“Keutamaan kami ialah sentiasa memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak muda dalam pasukan kami.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.