Snek kentang, kudapan ringkas bersama keluarga

Snek kentang, kudapan ringkas bersama keluarga

Snek kentang yang ringkas dan mudah.

Snek kentang yang mudah dan enak dimakan sebagai kudapan. (Gambar dari Pixabay)

Ramuan:

  • 3 biji kentang sederhana, dikupas kulit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk halia
  • 1/2 sudu kecil origano
  • 1/2 sudu kecil serbuk basil
  • 1/2 sudu kecil minyak sayuran

Cara membuatnya:

  • Panaskan oven kepada suhu 230ºC. Hiris kentang dengan ketebalan 3 mm bentuk bulat.
  • Panaskan satu periuk air dan setelah mendidih, masukkan hirisan kentang tadi dan biar masak selama tiga hingga lima minit.
  • Angkat dan gaulkan bersama minyak, garam, lada hitam dan ramuan lain.
  • Masukkan hirisan kentang yang sudah digaul dengan ramuan tadi ke dalam bekas pembakar.
  • Bakar dalam 15 minit sehingga betul-betul garing dan warnanya bertukar coklat kekuningan.
  • Perlahan-lahan, keluarkan kentang dan sejukkan. Biarkan beberapa minit sebelum boleh dimakan.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.