Bakar 6 rumah, penganggur mengaku tak salah

Bakar 6 rumah, penganggur mengaku tak salah

Jefery Johar dituduh melakukan perbuatan itu minggu lalu di Kampung Johan Setia, dekat Klang.

mahkamah klang
Sebutan semula kes Jefery Johar, 44, membakar enam rumah ditetapkan 31 Mac ini di Mahkamah Sesyen Klang.
KLANG:
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membakar enam rumah di Kampung Johan Setia dekat sini, minggu lalu.

‎Jefery Johar, 44, yang berdepan enam pertuduhan, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarifah Hascindie Syed Omar.

‎Dia didakwa melakukan khianat menggunakan bahan api dengan membakar rumah milik enam penduduk tempatan sekitar 2 hingga 2.30 petang pada 13 Jan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

‎Timbalan Pendakwa Raya Nor Suhaili Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes itu tertakluk kepada kesalahan tidak boleh dijamin.

‎‎”Bagaimanapun, jika mahkamah ingin menggunakan kuasa budi bicara saya mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan,” katanya.

‎Jefery, yang tidak diwakili peguam, tidak membuat sebarang rayuan untuk dibenarkan jaminan.

‎Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 31 Mac ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.