Aktiviti kelab malam terus catat kes ingkar PKPP tertinggi

Aktiviti kelab malam terus catat kes ingkar PKPP tertinggi

Daripada keseluruhan 661 kes, 648 individu dikompaun, manakala 13 direman.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi Operasi Benteng agensi penguat kuasa memberkas 40 pendatang asing tanpa izin 5 tekong dan 1 penyeludup semalam.
PETALING JAYA:
Aktiviti dalam pub dan kelab malam terus mencatatkan kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) tertinggi dengan merekodkan 577 kes daripada 661 individu yang ditahan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yakob berkata, daripada keseluruhan kes, 648 individu dikompaun, manakala 13 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP ialah penjarakan fizikal (42), tidak memakai pelitup muka (30), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (8), premis beroperasi lebih masa (3) dan gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu berhubung Operasi Benteng, Ismail berkata, agensi penguat kuasa memberkas 40 pendatang asing tanpa izin (PATI), 5 tekong dan 1 penyeludup.

“Turut berjaya dirampas ialah 9 kenderaan darat menerusi 81 sekatan jalan raya (SJR).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan, terutamanya di lorong tikus,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.