
Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, menasihat pengundi di Sabah, khasnya di zon merah seperti Lahad Datu, Semporna, dan Tawau mengamalkan SOP semasa berada di kawasan umum, dan mengikut masa mengundi yang disarankan.
“Kita tidak mahu ada risiko yang berlaku, dan selain pengundi, SOP ini juga perlu dilakukan oleh petugas SPR, peraih undi, dan sesiapa sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyampaian pinjat keapda 85 veteran tentera bagi kawasan pantai timur Sabah hari ini.
Sementara itu, Ismail meminta orang ramai supaya berwaspada dengan khabar angin mendakwa perintah kawalan pergerakan akan dilaksanakan selepas pilihan raya Sabah, mengatakan Kementerian Kesihatan masih memantau situasi.