
Panel 5 hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed ketika membuat keputusan mengenai permohonan semakan kehakiman kes itu Rabu lalu, mendapati ketua pengarah LHDN bertindak secara sah berdasarkan tafsiran Jadual 7A Akta Cukai Pendapatan 1967.
LHDN berkata, peguam utamanya, Hazlina Hussain, berhujah tiada kesahan, kesalahan undang-undang atau keadaan luar biasa untuk Bintulu Lumber Development Sdn Bhd membuat semakan kehakiman berhubung perkara itu.
“Mahkamah Persekutuan tidak yakin dengan persoalan undang-undang yang dibangkitkan itu membabitkan kepentingan awam yang akan mewujudkan keadaan luar biasa untuk mewajarkan permohonan semakan kehakiman.
“Ini jelas menunjukkan prinsip daripada sejumlah kes terdahulu berkaitan remedi rayuan statutori/remedi domestik masih undang-undang yang baik dan terpakai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
LDHN diwakili Hazlina, Ashrina Ramzan Ali, Kwan Huey Shin dan Mohammad Danial Ahmad, manakala perayu diwakili Palpanaban Devarajoo, George Lo Kuin Fah, Jonathan Tay Zhi Lun, S Saravana Kumar serta Rosli Dahlan.