
Difahamkan, kejadian 3 petang itu berlaku apabila anggota polis cuba menahan seorang lelaki dipercayai suspek kes dadah.
Sumber berkata, ketika tiba di depan pasaraya Ong Tai Kim, sepasukan anggota polis menahan kereta yang dipandu suspek.
“Bagaimanapun, pemandu kereta itu tidak memberikan kerjasama dan bertindak agresif sebelum melanggar kereta dinaiki anggota polis.
“Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta suspek untuk memberhentikan kenderaan itu,” katanya kepada FMT.
Suspek kemudian ditahan dan polis mendapati terdapat pelbagai jenis dadah di dalam kenderaan itu.
“Suspek ditahan di ibu pejabat polis daerah Sentul untuk siasatan lanjut,” katanya.