Pasangan disyaki langgar SOP kuarantin hanya pelanggan kafe haiwan peliharaan

Pasangan disyaki langgar SOP kuarantin hanya pelanggan kafe haiwan peliharaan

Polis berkata, gelang tangan merah jambu itu diberikan sebuah kafe haiwan peliharaan dan pasangan itu tidak menanggalkannya kerana mahu kembali ke premis terbabit selepas ke Bukit Bendera.

Gambar pasangan memakai gelang tangan merah jambu berada di Bukit Bendera yang tersebar di media sosial. (Gambar Facebook)
GEORGE TOWN:
Polis berkata, sepasang kekasih dikhuatiri melanggar SOP kuarantin yang dikesan berada di Bukit Bendera hujung minggu lalu hanyalah pelanggan sebuah kafe haiwan peliharaan.

Pasangan itu yang dirakam memakai gelang tangan merah jambu, sama seperti gelang yang dipakai individu diarahkan menjalani kuarantin rumah sebagai “pesakit dalam siasatan” untuk Covid-19, dirakamkan berada di tempat letak kenderaan Bukit Bendera.

Tetapi, polis berkata, gelang tangan itu diberikan sebuah restoran bertemakan anjing yang mereka kunjungi sebelum itu.

Pasangan itu berusia 21 dan 22 tahun dari Butterworth. Mereka membuat laporan polis selepas gambar itu dimuat naik ke Facebook atas kebimbangan mereka ialah pesakit Covid-19.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Soffian Santong berkata pasangan itu ke Corgi and The Gang Pet Cafe di bandar itu sebelum menuju Bukit Bendera petang Ahad lalu.

“Untuk memasuki restoran dan kedai haiwan peliharaan itu, mereka perlu memakai gelang tangan kertas merah jambu yang tertera perkataan ‘Husky and the Gang’.

“Mereka tidak menanggalkan gelang tangan itu kerana mahu kembali ke premis berkenaan selepas ke Bukit Bendera.”

Soffian berkata, nama pasangan itu tidak ditemui dalam senarai kes dalam siasatan Kementerian Kesihatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.