
Tawaran itu dibuat Pertubuhan Perlindungan Haiwan Antarabangsa (IAPWA) Pulau Pinang susulan kes meracun haiwan dipercayai dilakukan dengan sengaja di kawasan Bukit Bendera, baru-baru ini.
Menurut pertubuhan itu, pihaknya disokong oleh penderma enggan dinamakan dalam menawarkan ganjaran itu.
“Ganjaran ini hanya diberikan untuk bukti sebenar dan bukan untuk kandungan dimuat naik semula atau tular di media sosial.
“Tiada tarikh akhir ditetapkan untuk tawaran ini dan ia meliputi semua kes penderaan, sama ada berlaku baru-baru ini—termasuk kes di Bukit Bendera,” katanya dalam kenyataan.
Aduan boleh disampaikan menerusi Hotline MBPP di talian 04-263 7000 / 04-263 7637 atau 016-200 4082 (WhatsApp) selain platform IAPWA Pulau Pinang ([email protected] dan 010-3883487 WhatsApp).
Pada 6 Julai lalu, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengesahkan berlaku kes meracun haiwan yang dipercayai dilakukan dengan sengaja di kawasan Bukit Bendera.
Menurut kenyataan itu, anjing, kucing dan juga burung ditemukan mati dipercayai termakan makanan beracun di atas bukit dan saksi juga diminta tampil bagi membantu siasatan.
Susulan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) melancarkan siasatan untuk mengesan pelaku termasuk mendapatkan bukti daripada rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV).