Pasangan kekasih ditahan disyaki curi barang kemas lebih RM111,000

Pasangan kekasih ditahan disyaki curi barang kemas lebih RM111,000

Sebelum ini tular rakaman menunjukkan pasangan itu mencuri rantai tangan dan cincin emas di sebuah kedai emas.

Mohd Iqbal Ibrahim
Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata pasangan berusia 25 dan 23 tahun itu ditahan di Bandar Puncak Alam pada Jumaat lalu dan direman hingga esok. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan sepasang kekasih kerana disyaki mencuri sejumlah barang kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di Shah Alam pada 28 April lalu.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata pasangan berkenaan yang berusia 25 dan 23 tahun ditahan di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor pada 3.20 petang pada Jumaat lepas.

Katanya, polis turut berjaya menemukan semula barangan kemas yang disyaki dicuri itu, lapor Bernama.

“Kedua-dua suspek yang tidak bekerja didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Mereka juga negatif terhadap dadah,” katanya.

Iqbal berkata pasangan terbabit kini direman hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pada 28 April lepas polis dilaporkan sedang mengesan dua warga tempatan dipercayai mencuri barang kemas bernilai RM111,743.55 di sebuah kedai emas di Shah Alam.

Sebelum itu tular rakaman kamera litar tertutup memaparkan kejadian seorang lelaki dan wanita mencuri rantai tangan dan cincin emas di sebuah kedai emas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.