Disyaki dera budak di pusat perlindungan, pasangan warga emas dicekup

Disyaki dera budak di pusat perlindungan, pasangan warga emas dicekup

Semua 18 kanak-kanak tinggal di pusat perlindungan di Cheras itu kini diserahkan kepada JKM.

anak yatim didera di pati asuhan
Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata suami isteri masing-masing berusia 66 dan 68 tahun itu dicekup 3.20 petang tadi.
PETALING JAYA:
Pasangan warga emas ditahan kerana disyaki mendera penghuni di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak di Batu 9, Cheras.

Suami isteri masing-masing berusia 66 dan 68 tahun itu dicekup 3.20 petang tadi, susulan tiga laporan penderaan fizikal dan mental oleh penghuni pusat perlindungan persendirian itu.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata kedua-dua suspek akan direman pada esok bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, satu daripada laporan diterima menyatakan seorang penghuni ditampar di pipi atas alasan enggan menurut cakap.

“Semua 18 kanak-kanak tinggal di pusat perlindungan tersebut kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang mana jika disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Naazron meminta orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Ravin Ragavan di talian 012-6269250.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.