Betulkah makan daging banyak boleh sebabkan kolesterol naik?

Betulkah makan daging banyak boleh sebabkan kolesterol naik?

Ada yang mengatakan makan daging dalam kuantiti banyak dan kerap boleh sebabkan kolesterol naik.

Ada yang mengatakan makan daging dalam kuantiti banyak dan kerap boleh sebabkan kolesterol naik. (Gambar AP)

Sambutan Hari Raya Aidiladha, sudah tentu sinonim dengan daging, terutamanya bagi orang di negeri Pantai Timur.

Namun, ada pula risau kalau terlalu banyak makan daging boleh menyebabkan kolesterol naik, darah tinggi dan pelbagai lagi penyakit lain.

Maklum sahajalah, macam-macam jenis resipi yang berasaskan daging disediakan.

Daripada sup, goreng, bakar dan macam-macam lagi hinggakan tidak perasan, darah tinggi dan kolesterol naik.

Berdasarkan perkongsian Dietitian, Fizah Sobri apa yang perlu semua faham “kolesterol bukan lemak, lemak bukan kolesterol” tapi mereka adalah adik beradik!

Perbezaan Kolestrol vs lemak

Kolesterol

  • hanya ada dalam makanan berunsur haiwan sahaja. Maka santan, minyak masak tiada kolesterol
  • hanya boleh dapat bacaan melalui pengambilan darah (tak boleh scan)
  • mendapan kolesterol sebesar kepala jarum peniti dah cukup untuk buat salur darah sumbat

Lemak

  • ada dalam sumber haiwan dan tumbuhan
  • boleh dapat bacaan melalui scan badan (xray, mri,machine body analyzer), tak perlu ambil darah
  • lemak berada di luar darah membalut organ dan bawah lapisan kulit, memberi beban kepada organ bekerja overtime

Ada Kolesterol

Daging memang ada kolesterol sebab ia berpunca dari haiwan.

Kandungan kolesterol dalam 100gm daging sebenarnya dalam range sederhana lebih kurang sama dengan ayam (70-80gm, bahagian daging)

Ini bermakna makan ayam ke daging ke tiada beza dari segi kolesterol.

Tapi ia ia sama dari segi lemak tepu.

(Daging lagi banyak dari ayam)

Punca kenaikan kolesterol banyak dalam menu kita adalah dari sumber lemak tepu dan “trans fat”.

Untuk turunkan kolesterol mesti ambil kira lemak juga.

Saranan dari American Heart Association 2018 menyatakan bukan sahaja sumber kolesterol tinggi tapi cara masak makanan yang mengandungi kolesterol juga memberi impak kepada kandungan kolesterol dalam badan

3 langkah asas untuk turunkan kolesterol

Langkah 1

Elakkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol.

Contoh makanan tinggi kolesterol.

  • telur
  • organ dalaman
  • seafood

*makanan2 ini hadkan kepada 1 hidangan setiap hari

Lemak tepu (saturated fat)

  • butter
  • kulit ayam
  • makanan berminyak/bergoreng
  • susu pekat manis
  • santan

*kurangkan pengambilan makanan seperti diatas atau jika boleh hadkan contohnya kalau pagi dah makan nasi goreng tengahari dan malam ambil lauk sihat seperti bakar, tomyam, singgang.

Lemak trans

  • fast food
  • bakeri
  • makanan yang digoreng berulangkali – makanan ini ambil maksima 2kali seminggu tu pun paling paling satu hidangan sahaja sebab pengambilan makanan ini boleh meningkatkan kadar kolesterol 4x ganda lebih cepat banding dengan makanan yang tinggi kolesterol

Langkah 2

  • serat ini mampu nak menghalang kolesterol dari makanan anda diserap masuk dalam badan
  • serat larut air datang banyak dari buah-buahan. Utamakan buah yang tidak bermusim seperti jambu, epal, pear, lai – ambil sekali dengan kulit
  • insoluble atau serat tidak larut air kebanyakan datang dari sayur hijau.

Perlu ambil antara 6-8 hidangan sehari sayur dan buah(1 hidangan adalah sebanyak 2 senduk sayur masak sekali makan dan buah sebesar buku lali anda)

Boleh membantu turun darah tinggi juga

Langkah 3

Ambil beta glucan dan sterols untuk bantu keluarkan kolesterol tinggi yang sedia ada dalam badan.

Beta glucan sumbernya dari oats, wheat, barli (min 6 sudu besar sehari).

Sterols datang dari susu khas untuk turunkan kolesterol (HL warna hijau, nestle omega warna merah dan anlene heart health).

Ikut saranan 2x sehari pengambilan.

Jadi ini bermakna makan daging dalam kuantiti yang banyak tidak salah.

Tapi salahnya bila ia dimasak dengan tinggi lemak.

Yang salah bila sedut lemak.

Salah bila ambil kurang sayur dan buah.

Yang salah bila ambil banyak sangat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.