
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata data NHMS 2023 turut menunjukkan 34.9% penduduk negeri itu mempunyai kolesterol tinggi berbanding paras nasional 33.3%.
Tetapi, katanya penghidap darah tinggi dan individu dengan berat badan berlebihan di Kelantan lebih rendah daripada peringkat nasional, iaitu 27.9% serta 51.6%.
“Dapatan daripada NHMS 2023 saya kira amat membimbangkan, walaupun Kelantan mencatatkan prestasi lebih baik dalam beberapa indikator berbanding paras nasional.
“Mendepani cabaran ini, Kementerian Kesihatan memperkenal dan melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat sebagai platform untuk menggerakkan pembudayaan gaya hidup sihat secara menyeluruh.
“Inisiatif ini sangat selari agenda reformasi sistem kesihatan negara, peralihan daripada perkhidmatan berfokuskan rawatan kepada sistem menumpukan pencegahan dan kesejahteraan,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Wellness Hub Kelantan di Kota Bharu.