Pastikan daging, produk tenusu AS selamat dimakan, kata Wan Fayhsal

Pastikan daging, produk tenusu AS selamat dimakan, kata Wan Fayhsal

Ahli Parlimen Machang itu berkata walaupun produk itu halal tetapi dari aspek Tayibban iaitu makanan yang baik juga perlu dipantau dan diutamakan.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad bimbing laluan mudah untuk Amerika Syarikat mengimport daging dan produk tenusu ke negara ini boleh beri risiko kepada rakyat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN-Machang) mahu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) memastikan daging dan produk tenusu yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) selamat untuk dimakan, meskipun ia sudah disahkan halal

Wan Fayhsal berkata walaupun Miti memberi jaminan tiada kompromi dari segi standard halal tetapi aspek Tayibban iaitu makanan yang baik juga perlu dipantau dan diutamakan.

“Bila nak bawa masuk produk dari AS yang paksa kita beli hasil daripada rundingan tarif ini, jangan lupa produk AS juga antara produk berisiko untuk kita makan walaupun halal.

“Kita bimbang bila mudahkan laluan (import) kerana tidak mahu bergaduh dengan AS, kita beri risiko kepada rakyat,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Duti Timbal Balas dan AntiLambakan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat.

Pada 1 Ogos lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bahawa kerajaan menjejaskan standard halal semata-mata untuk memenuhi permintaan AS.

Beliau berkata apa yang telah dipersetujui AS ialah untuk memudah cara proses pengimportan daging halal AS ke Malaysia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse pula mencadangkan kerajaan menubuhkan unit khas antara MITI, Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar untuk memantau dan menangani tindakan negara luar terhadap eksport Malaysia.

Beliau berkata meminda atau menambah fasal baharu dalam RUU itu bagi memperkenalkal mekanisme pertahanan eksport termasuk bantuan undang-undang kepada syarikat tempatan.

“RUU ini perlu diperkasa lagi dengan mekanisme dua hala, bukan sekadar menyekat lambakan. Tetapi juga membina perisai undang-undang terhadap tekanan tarif dari luar negara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.