Pengurus kanan GLC ditahan dalam siasatan rasuah RM300,000

Pengurus kanan GLC ditahan dalam siasatan rasuah RM300,000

Pengurus kanan itu didakwa meminta wang rasuah sebagai balasan memberikan kontrak kerja carigali minyak.

PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas disyaki menerima rasuah.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira 5 petang semalam.

“Pengurus kanan carigali yang diamanahkan untuk menguruskan projek-projek kerja berkaitan carigali minyak telah mengambil kesempatan dengan meminta wang rasuah sebagai balasan memberikan kontrak-kontrak kerja carigali minyak di Terengganu,” kata sumber itu.

Katanya lagi, suspek dipercayai menerima rasuah dalam lingkungan RM300,000 bagi kontrak itu.

Difahamkan, suspek direman selama 5 hari selepas dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya.

Ketika dihubungi, pengarah siasatan SPRM Norazlan Mohd Razali mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.