Polis terima aduan 3 mangsa dalam siasatan terhadap aktivis Islam

Polis terima aduan 3 mangsa dalam siasatan terhadap aktivis Islam

KPN berkata kes akan ditangani dengan segera.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.
KUALA LUMPUR:
Polis menerima aduan daripada 3 mangsa dalam siasatan terhadap seorang aktivis Islam terkenal, selain dakwaan mencabul seorang doktor pelatih pada November tahun lepas.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador juga memaklumkan penyiasat sudah mengambil keterangan aktivis itu.

“Kita akan tangani dengan segera. Setakat ini 3 mangsa tampil untuk beri keterangan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Terdahulu polis membuka kertas siasatan terhadap seorang aktivis sebuah NGO pemikir berhubung dakwaan mencabul seorang doktor pelatih pada November tahun lalu.

Polis mengesahkan siasatan masih dijalankan tetapi setakat ini tidak mendedahkan butiran lanjut seksyen digunakan.

Sementara itu, individu yang dituduh menolak keras dakwaaan salah laku seksual terhadapnya, mengatakan individu dan pertubuhan tertentu berusaha memusnahkan nama baiknya melalui “peras ugut dan kempen fitnah terancang” menerusi media.

“Saya menafikan tuduhan jahat ini sekeras-kerasnya,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, awal tahun ini, beliau diperas ugut oleh beberapa individu yang mahu mengambil alih kepimpinan NGO yang diketuainya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.