
Ketua Polis Daerah Kangar, Wari Kiew berkata kejadian berlaku pada 10.10 malam dan mangsa dikenali sebagai Bishamhadi Mohamad Hasbi, 40.
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta hilang kawalan dan melanggar sebuah motosikal dan belakang sebuah lori yang sedang menurunkan barang di tepi jalan,” katanya hari ini.
Beliau berkata, pemandu kereta berusia 58 tahun itu ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan mendapati lelaki terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol.
“Lelaki itu yang bekerja sebagai tukang cat hanya cedera ringan, sementara penunggang motosikal tersebut mengalami retak tempurung kepala serta kecederaan pada badan dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah.”
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.