
PETALING JAYA: Sebelas lelaki ditahan dalam kes sekumpulan penunggang motosikal mengejar dan menendang sebuah Perodua Myvi Ahad lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Serdang, Muhamad Farid Ahmad, berkata semua warga tempatan berusia 13 hingga 21 tahun itu dibebaskan selepas tempoh reman mereka tamat semalam.
“Kertas siasatan kini di pejabat pengarah pendakwaan (PPN) Selangor, kita masih menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Sinar Harian.
Selasa lalu, polis dilaporkan menahan sembilan lelaki berusia 13 hingga 21 tahun sekitar Puchong dan Shah Alam bagi membantu siasatan kes itu. Enam daripadanya remaja bawah umur.
Keesokannya, dua lagi remaja berusia 16 tahun ditahan.