
Ketua Polis Seberang Perai Selatan (SPS), Jay January Siowou, berkata semua individu berusia 16 hingga 27 tahun itu dikesan pasukan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD SPS ketika operasi membanteras kegiatan mat rempit.
“Ketika diarahkan berhenti, penunggang motosikal berpatah balik dan menunggang melawan arus ke arah Batu Maung yang merupakan tindakan amat berbahaya, bukan saja kepada diri, malah pengguna jalan raya lain.
“Bagaimanapun, semua individu yang terdiri daripada 32 warga tempatan dan seorang warga asing berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, operasi itu turut menyaksikan 51 motosikal pelbagai jenama disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semua suspek dibawa ke IPD SPS untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, 110 motosikal diperiksa sepanjang operasi itu dan 74 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.