2 lagi remaja ditahan kes kejar, tendang Myvi

2 lagi remaja ditahan kes kejar, tendang Myvi

Polis berkata kertas siasatan kes akan dirujuk timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

myvi dikepung mat rempit
Polis sebelum ini memburu sekumpulan penunggang motosikal yang bertindak ganas mengepung, menumbuk dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi yang tular.
PETALING JAYA:
Polis menahan dua lagi remaja lelaki selepas disyaki terbabit dalam kejadian tular mengepung dan menendang kereta Perodua Myvi, Ahad lalu.

Ketua Polis Serdang, Muhamad Farid Ahmad, berkata kedua-dua suspek yang berusia 16 tahun itu ditahan di Puchong semalam bagi membantu siasatan.

“Reman dua remaja itu sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kita akan rujuk kertas siasatan kes kepada TPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui pada satu majlis hari ini, menurut Harian Metro.

Polis sebelum ini memburu kira-kira 20 penunggang motosikal yang bertindak ganas mengepung, menumbuk dan menendang sebuah kereta Perodua Myvi dalam kejadian yang rakamannya tular di media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong membabitkan pemandu yang juga seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun dikepung samseng jalanan terrbabit.

Berikutan itu, polis menahan sembilan lelaki termasuk enam remaja dalam beberapa siri tangkapan yang dijalankan sekitar Puchong serta Shah Alam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.