
Difahamkan kejadian berlaku pada jam 4 pagi berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong melibatkan seorang pemandu kereta Perodua Myvi berusia 52 tahun dan sekumpulan penunggang motosikal.
Ketua Polis Serdang Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan dijalankan selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Dianggarkan kira-kira 20 penunggang motosikal terbabit dalam kes ini, dan usaha mengesan serta menahan semua mereka sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.
Farid berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Dalam video yang tular itu, sekumpulan penunggang motosikal dilihat mengekori dan mengepung sebuah kereta di lebuh raya berkenaan.
Seorang penunggang motosikal juga dilihat menumbuk tingkap dan menendang cermin sisi kenderaan itu hingga patah.