
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian 2.08 petang itu, lelaki berusia 29 tahun terbabit cuba merentas negeri tanpa kebenaran dan alasan munasabah.
“Pegawai yang bertugas di sekatan jalan raya mengeluarkan kompaun ke atas lelaki berkenaan dan dia tiba-tiba memarahi petugas itu dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina, selain bertindak agresif.
“Berikutan itu, lelaki tersebut ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghalang tugas penjawat awam.