2 lagi Pati ditahan dalam kebun sawit

2 lagi Pati ditahan dalam kebun sawit

Ini menjadikan 56 Pati diberkas semula setakat 2 petang tadi dan pihak berkuasa masih memburu 73 Pati.

Khamis lalu, 131 Pati melarikan diri dari blok lelaki Depot Imigresen Bidor kira-kira 9.50 malam, dengan dua daripadanya meninggal dunia akibat nahas jalan raya. (Gambar Bernama)
TAPAH:
Dua pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Bidor ditahan ketika berjalan kaki dalam kebun sawit Felda Sungai Klah, Sungkai di sini, tengah hari tadi, menjadikan 56 Pati diberkas semula setakat 2 petang tadi.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata, dua lelaki etnik Rohingya berusia 18 dan 23 tahun itu ditahan pasukan petugas Sungkai dan peronda polis.

Mereka dibawa ke lokap Balai Polis Sungkai dan IPD Tapah untuk siasatan, sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Khamis lalu, 131 Pati melarikan diri dari blok lelaki Depot Imigresen Bidor kira-kira 9.50 malam, dengan dua daripadanya meninggal dunia akibat nahas jalan raya.

Yusri berkata, 73 Pati masih diburu.

Terdahulu, beliau dilaporkan berkata, polis percaya baki Pati itu masih berada di sekitar Tapah dan Bidor berdasarkan siasatan ke atas tahanan yang diberkas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.