Penggambaran dibenarkan, had 20 orang termasuk artis

Penggambaran dibenarkan, had 20 orang termasuk artis

Tarikh pengambaran selepas hari raya.

PUTRAJAYA:
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan penggambaran drama, filem dan iklan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Namun kegiatan dihadkan kepada maksimum 20 orang terlibat, iaitu kru dan artis, dalam setiap sesi penggambaran.

“Kebenaran penggambaran ini akan bermula selepas perayaan Aidilfitri dan perlu mematuhi tatacara operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Bagaimanapun, penggambaran atau rakaman “centre stage” dan persembahan secara langsung melibatkan penonton yang ramai masih tidak dibenarkan.

SOP lain yang perlu dipatuhi syarikat produksi:

  • Melakukan mesyuarat dan uji bakat secara dalam talian.
  • Mengemukakan rekod perjalanan semua tenaga produksi dan artis bagi tempoh 4 minggu sebelum penggambaran.
  • Melantik seorang penyelia keselamatan bagi memastikan pematuhan SOP di semua peringkat produksi.
  • Perkhidmatan buffet bagi petugas dan artis tidak dibenarkan. Makanan perlu dihidangkan secara pek individu.
  • Jurusolek dan penata rias perlu menggunakan face shield, dan cuci tangan sebelum dan selepas menyolek dan menata rias setiap artis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.