Rishi Kapoor meninggal dunia pada usia 67 tahun

Rishi Kapoor meninggal dunia pada usia 67 tahun

Rishi Kapoor sebelum ini menghidap kanser menjalani rawatan di New York bagaimanapun kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke Hospital di Mumbai sebelum disahkan meninggal dunia.

Rishi Kapoor yang menghidap kanser sebelum ini mendapati kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke Hospital di Mumbai sebelum disahkan meninggal dunia.

Pelakon veteran Rishi Kapoor meninggal dunia pada usia 67 tahun di Mumbai.

Dia dimasukkan ke hospital HN Reliance di Mumbai pada Rabu pagi setelah kesihatannya mula merosot.

Isteri yang juga pelakon Neetu Kapoor berada di sisinya ketika Rishi menghembuskan nafas terakhir dan berita kematian itu turut disahkan abangnya Randhir Kapoor.

Amitabh Bachchan menerusi postingnya di Twitter juga memaklumkan mengenai berita kematian Rishi.

“T 3517 – Dia sudah tiada..! Rishi Kapoor.. tiada lagi.. baru saja meninggal.. Saya musnah!”

Rishi sebelum ini disahkan menghidap kanser pada 2018 dan dia kembali ke India selepas menjalani rawatan di New York pada September tahun lalu.

Pada Mac baru-baru ini, Neetu Kapoor di Instagram menyiarkan foto “makan di luar” bersama dengan Rishi.

“Makan setelah sekian lama menjadi begitu istimewa !! Anda perlu menghargai setiap saat, nikmati setiap hidangan!”

Rishi Kapoor kali terakhir dilihat dalam siri di Netflix “The Body”.

Dia juga pernah menjalani penggambaran di Delhi awal tahun ini.

Rishi Kapoor yang merupakan anak kepada Raj Kapoor mula terlibat dalam dunia lakonan dalam filem, Mera Naam Joker, di mana dia memainkan peranan sebagai artis kanak-kanak.

Pelakon itu kemudiannya menerima Anugerah Nasional untuk filem tersebut.

Pada tahun 1973, Rishi Kapoor mula meletup menerusi filem yang terus dikenang sepanjang zaman, Bobby, bergandingan bersama Dimple Kapadia.

Filem tersebut secara tidak langsung telah menaikkkan nama Kapoor sebagai bintang Bollywood dalam sekelip mata.

Filem terakhir yang dilakonkan Rishi iaitu filem “102 Not Out” bersama Amitabh Bachchan.

Hasil perkahwinan Rishi dan Neetu mereka mempunyai seorang anak lelaki Ranbir Kapoor.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.