
SINGAPURA: Rakyat Malaysia di Singapura yang mahu pulang ke tanah air melalui jalan darat perlu mendapatkan permit masuk daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini bermula 27 April ini.
Menurut notis umum di Facebook, pemohon perlu menghantar butiran berikut – nama, nombor kad pengenalan dan pasport, tarikh berlepas – ke e-mel [email protected] sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh berlepas.
Satu salinan pas – penduduk tetap Singapura, pas jangka panjang, permit kerja, pelajar dan lawatan sosial – perlu dilampirkan bersama.
Selepas diluluskan, Suruhanjaya Tinggi akan membalas e-mel mereka yang mengandungi nombor rujukan unik.
Mereka kemudiannya perlu mencetak atau membuat tangkap layar e-mel itu untuk diserahkan kepada Pusat Pemeriksaan Imigresen Malaysia di Johor Bahru.