Jakarta laksana sekatan pergerakan akibat peningkatan kes Covid-19

Jakarta laksana sekatan pergerakan akibat peningkatan kes Covid-19

Masjid dan rumah ibadat lain diarah ditutup untuk sekurang-kurangnya 2 minggu akan datang.

Masjid diarahkan untuk ditutup selama 2 minggu selepas berjuta-juta terus menghadiri solat Jumaat meskipun Indonesa menggesa rakyatnya berhenti melakukannya. (Gambar AP)
JAKARTA:
Askar dan polis memenuhi jalan-jalan di Jakarta hari ini untuk menguat kuasakan peraturan penjarakkan sosial yang ketat, susulan lonjakan jangkitan Covid-19 dan pengkritik memberi amaran mengenai bencana kesihatan awam.

Mereka yang mengikari arahan itu berdepan denda yang berat dan hukuman penjara sehingga setahun kerana melanggar peraturan baru itu, termasuk larangan perhimpunan melebihi 5 orang, mengehadkan restoran kepada pesanan penghantaran atas talian dan mengurangkan pengangkutan awam.

Teksi motosikal yang dilihat di mana-mana di bandar itu di mana 30 juta daripadanya dilarang mengambil penumpang dan rakyat diarahkan untuk duduk di rumah.

“Saya memeriksa telefon pintar saya sepanjang hari tetapi tidak ada pesanan setakat ini,” kata pemandu “ride-hailing” yang hanya mahu dikenali sebagai Embari.

“Saya tahu pemandu tidak boleh mengambil penumpang tetapi saya berharap ada panggilan penghantaran makanan.”

Masjid dan rumah ibadat lain diarah ditutup untuk sekurang-kurangnya 2 minggu akan datang – selepas berjuta-juta rakyat terus menghadiri solat Jumaat di negara majoriti Muslim itu, di sebalik gesaan supaya bersembahyang di rumah.

Presiden Joko Widodo mengisytiharkan keadaan kecemasan bulan lalu berikutan kematian akibat Covid-19 di negara ke-4 paling ramai di dunia itu meningkat.

Tetapi beliau enggan melakukan sekatan pergerakan di seluruh negara berikutan bimbang tumbangnya ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu, di mana jutaan rakyatnya hidup dibayar upah yang rendah dan melakukan kerja rencam.

Kerajaan Indonesia berdepan kritikan hebat berhubung caranya mengendalikan krisis itu dan persoalan mengenai jumlah sebenar kematian.

Secara rasmi, 280 orang meninggal dunia akibat penyakit pernafasan itu dengan 3,293 kes yang disahkan pada Khamis di negara dengan 260 juta populasi itu.

Itulah angka kematian tertinggi bagi negara Asia di luar China.

Tetapi kadar ujian adalah antara yang paling rendah di dunia dan terdapat kebimbangan jumlah kematian mungkin lebih tinggi.

Data bandar Jakarta menunjukkan sejumlah 776 mangsa disyaki dan disahkan dikebumikan di tanah perkuburan setempat di bawah protokol Covid-19 yang menghendaki mayat dibungkus dengan plastik dan dikebumikan dengan cepat.

Jumlah itu 5 kali lebih tinggi berbanding jumlah rasmi 142 kematian di Jakarta, pusat penularan wabak itu di Indonesia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.