
Disebabkan angka kematian Covid-19 di Sepanyol sudah mencecah 13,000 mereka terpaksa melakukan proses pengebumian secara “drive thru” atau pandu lalu.
Pengebumian tersebut dilakukan di La Almudena di Madrid, sebuah tanah perkuburan yang terbesar di negara tersebut.
Menurut lapor TheSun.co.uk jumlah korban akibat positif Covid-19 secara global, Sepanyol kini mencatatkan angka kematian tertinggi selepas Itali.
Jumlah kematian 13,341 sedangkan jumlah mereka yang sembuh hanya 40,437 jika dibandingkan jumlah mereka yang positif Covid-19 iaitu sebanyak 136,675 orang.
Dalam pengebumian “drive-thru” itu, jumlah mereka yang mengendalikan proses tersebut tidak boleh melebihi 5 orang dan 3 daripadanya hanya ahli keluarga.
Malah setiap mayat hanya mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.
Bagaimanapun, menurut sumber jumlah kematian di negara itu semakin turun berdasarkan laporan kementerian kesihatan Sepanyol.
“Kami mulai melihat ada sinar,”kata Perdana Menterinya Pedro Sanchez.
Namun, Ahad lepas, Sanchez mengumumkan tempoh kawalan pergerakan akan dilanjutkan sehingga 26 April 2020.
Ia merupakan pengumuman kedua kerana sebelum ini ia sepatutnya sehingga 14 Mac 2020.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]