3 perbezaan koronavirus novel dan SARS koronavirus anda perlu tahu!

3 perbezaan koronavirus novel dan SARS koronavirus anda perlu tahu!

Pakar pada awalnya anggap koronavirus novel memiliki ciri yang hampir sama dengan SARS koronavirus namun sebenarnya terdapat perbezaan.

Bahagian Kesihatan Australia, simptom bagi koronavirus novel ini hampir menyerupai masalah pernafasan.

Wabak pneumonia yang kecoh berlaku di Wuhan, China baru-baru ini telah disahkan puncanya.

Ia disebabkan oleh sejenis virus baharu yang digelar sebagai koronavirus novel atau 2019 n-Cov.

Pada peringkat awal, pakar menganggap koronavirus jenis baru ini memiliki ciri yang hampir sama dengan sindrom pernafasan akut teruk atau SARS koronavirus.

Bagaimanapun, setelah diteliti dengan lebih lanjut, kedua-dua virus ini sebenarnya memiliki beberapa perbezaan!

1. Lokasi asal kemunculan virus

Novel coronavirus (2019 n-Cov) mula menyerang ratusan penduduk yang menetap di Wuhan, China pada akhir tahun 2019.

Simptom-simptom yang muncul seakan sama, dan menyerupai simptom pneumonia, iaitu kesesakan nafas, demam dan juga batuk.

Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia dikesan di beberapa negara, seperti:

  • China
  • Jepun
  • Korea Selatan
  • Thailand
  • Singapura
  • Amerika Syarikat
  • Malaysia

Kesemua korban yang meninggal dunia akibat virus ini berasal dari China.

Manakala bagi SARS, ia pertama kali berlaku pada penghujung tahun 2002 di wilayah Guangdong, China.

Hampir sama dengan kes 2019 n-CoV ini, dunia bertindak agak lambat setelah berlakunya penyebaran SARS koronavirus.

Kerajaan China lambat bertindak memaklumkan informasi berkenaan virus ini sebelum akhirnya melaporkan wabak SARS kepada WHO, dengan jumlah hampir 305 individu yang telah dijangkiti dan 5 daripadanya telah meninggal dunia!

Pada tahun 2004, wabak SARS koronavirus mulai berkurang dan hilang secara perlahan-lahan.

Kerajaan daripada negara-negara yang telah dijangkiti dengan wabak ini saling bertukar informasi perubatan bagi mengendali dan membanteras penularannya dengan lebih berkesan.

2. Penyebaran virus

Kedua-dua koronavirus novel dan SARS koronavirus mempunyai ciri yang sama iaitu ia berasal daripada haiwan.

Koronavirus novel merebak dipercayai daripada ular dan kelawar, manakala SARS koronavirus pula merebak dari sejenis musang di bahagian selatan China.

Namun persamaannya, kedua-duanya tersebar di kalangan manusia!

Setakat ini, koronavirus novel dilaporkan sudah mampu berjangkit antara manusia dengan lebih cepat.

Buktinya, lebih 27,000 individu telah dijangkiti dengan virus ini, walaupun mereka tidak bersentuhan secara langsung dengan haiwan atau ikan di bandar Wuhan, China.

Namun, Center for Disease Control atau CDC menyatakan mereka masih tidak pasti berkenaan proses penularannya, sama ada ia sama dengan SARS ataupun tidak.

Untuk SARS koronavirus, proses penyebarannya telah dipastikan melalui air liur yang terkeluar ketika penghidap batuk atau bersin.

SARS koronavirus juga dapat merebak melalui permukaan atau benda yang telah disentuh oleh penghidap SARS atau yang telah dicemari dengan air liur mereka.

3. Peningkatan risiko

Simptom koronavirus novel adalah lebih ringan berbanding daripada SARS.

Menurut Bahagian Kesihatan Australia, simptom-simptom bagi koronavirus novel ini hampir menyerupai masalah pernafasan, seperti:

  • Demam
  • Batuk
  • Sesak nafas
  • Kadar pernafasan yang lebih cepat
  • Sakit tekak
  • Selesema atau hidung berhingus

Selain itu, risiko kematian akibat koronavirus novel juga masih dianggap rendah berbanding SARS koronavirus.

Bagaimanapun, kita tidak boleh sekali-kali meremehkan serangan virus ini. Langkah berwaspada perlulah sentiasa dipertingkatkan.

Untuk SARS pula, simptom-simptom yang berlaku adalah hampir serupa.

Untuk simptom pada peringkat awal, penghidap SARS biasanya akan mengalami demam dengan suhu badan lebih daripada 38 darjah Celsius.

Kemudiannya, beberapa simptom lain akan muncul. Contohnya:

  • Batuk
  • Kesejukan sehingga menggigil
  • Flu
  • Sesak nafas
  • Sakit kepala
  • Cirit-birit

Usah pandang mudah

Walaupun SARS dianggap lebih bahaya jika dibandingkan dengan 2019 n-Cov namun informasi mengenai koronavirus novel masih sedikit. Maka, ia masih tidak boleh dipandang remeh.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.