Permaisuri sebenarnya boleh pandu ‘superbike’ dan lori!

Permaisuri sebenarnya boleh pandu ‘superbike’ dan lori!

Netizen terkejut dengan posting Permaisuri yang menunjukkan Baginda sebenarnya boleh memandu lori dan 'superbike'.

Bukan semua wanita minat dengan aktiviti lasak seperti dunia permotoran, apatah lagi mereka yang sangat menjaga protokol dalam kehidupan mereka.

Namun pemikiran ini sangat berbeza dengan Permaisuri kesayangan rakyat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di mana baginda berkongsi gambar lesen memandunya yang sudah mati.

“Alamak…. Lesen mati !” tulis Tuanku ringkas menerusi satu kicauan yang menerima hampir 10,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Tindakan baginda yang memuat turun gambar tersebut dalam Twitter sangat mencuri perhatian netizen dan meninggalkan banyak respon dalam laman sosial tersebut.

Malah apa yang lebih memeranjatkan dalam perkongsian tersebut, baginda sebenarnya mempunyai lesen memandu kelas B, D dan E.

Sebagai info, kelas B adalah lesen motosikal melebihi 500 cc (B Full), kelas D pula motokar tidak melebihi 3500kg (kereta) manakala kelas E adalah lesen bagi motokar berat melebihi 7500 kg (Lori).

Ternyata masyarakat sangat kagum dengan baginda yang mempunyai minat luar biasa!

Dalam masa yang sama, Tuanku sempat berjenaka apabila menjawab salah satu kicauan daripada netizen yang memberitahu Tuanku lupa untuk memohon lesen bagi mesin rumput.

Rata-rata masyarakat sangat memuji Tuanku kerana memperlihatkan dirinya sebagai wanita yang kuat dan tidak berdaya lemah.

Seharusnya ciri-ciri ini wajar dicontohi masyarakat khususnya wanita dan menjadikan Permaisuri sebagai ikon untuk anda!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.