Memo tulisan tangan Goo Hara ditemui di lokasi kematian

Memo tulisan tangan Goo Hara ditemui di lokasi kematian

Polis yang menyiasat kes kematian itu menjumpai catatan tulisan tangan yang mendedahkan perkara buruk tentang diri Goo Hara.

Kematian Goo Hara masih mengejutkan ramai pihak termasuk peminatnya.

Terbaharu, polis yang menyiasat kes kematian itu menjumpai catatan tulisan tangan di lokasi kematian Goo Hara yang baru berusia 28 tahun.

Catatan yang ditemui itu mendedahkan perkara-perkara buruk tentang diri bintang K-pop itu.

“Nota itu sangat pendek dijumpai di meja ruang tamu.

“Mayat Goo ditemui oleh pembantu rumah dalam keadaan tidak bernyawa pada Ahad.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian itu,” kata polis memetik laporan Karaboo.

Pada hari kejadian, pembantu rumah yang mempunyai hubungan baik dengan Goo tidak dapat menghubungi wanita itu dan terpaksa memeriksa rumah wanita berkenaan.

Hasil siasatan kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati tiada sesiapa masuk ke rumah penyanyi itu selepas dia pulang kira-kira pukul 12.35 pagi.

Sehingga kini pihak polis belum memutuskan untuk melakukan bedah siasat terhadap mayat Goo Hara atau tidak.

Goo Hara ditemukan meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi Isnin di kediamannya di kawasan Cheongdam, Seoul, Korea Selatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.