
Beliau berkata terdapat aspek undang-undang, perlembagaan, kebajikan, dan logistik dalam RUU itu yang perlu diperhalusi lagi kerana beberapa isu mencabul hak anggota polis dan tidak adil, katanya.
“Polis Sabah, secara amnya, bersetuju dengan ketua polis negara untuk menyokong RUU itu tetapi beberapa keperluan perlu dipenuhi terlebih dahulu.
“Misalnya, RUU itu mencadangkan IPCMC ada kuasa untuk menerima aduan, menjalankan siasatan, dan melaksanakan hukuman.
“Tertanya tiada pemisahan kuasa dan ini menyalahi amalan undang-undang,” kata Omar selepas menghadiri rundingan IPCMC di Kompleks Pentadbiran Persekutuan hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen IPCMC Ramkarpal Singh dan anggota panel lain.
Omar berkata amalan sedia ada melibatkan siasatan oleh polis, pendakwaan ditentukan oleh pejabat peguam negara dan hukuman dilaksanakan oleh mahkamah.
“Kami berharap RUU itu akan disemak dan didraf semula. Banyak seksyen dalam RUU itu agak tidak boleh diterima,” katanya.
Omar berkata IPCMC juga mencabul hak tertentu. Beliau berkata seorang suspek boleh memilih untuk berdiam diri apabila menjawab soalan polis jika dia merasakan responnya akan tidak memberikan dia perbicaraan yang adil nanti.
Omar berkata undang-undang sedia ada menyediakan peruntukan seperti itu tetapi tidak bawah IPCMC.
“Bawah IPCMC, mereka mesti respon dan jika enggan, mereka berdepan hukuman penjara atau boleh didenda sehingga RM10,000.
“Mengecewakan apabila anggota polis akan sudah dihukum sebelum siasatan.”
Di rundingan hari ini, beberapa pegawai kanan polis negeri tampil menyuarakan ketidakpuasan hati mereka berhubung RUU itu.
Seorang pegawai kanan, Tan Bon Sing berkata, IPCMC tidak mempunyai semak dan imbang yang mengawal suruhanjaya itu.
Seorang lagi pegawai kanan berkata jutaan ringgit untuk menjalankan IPCMC lebih baik dibelanjakan untuk menambahbaik kebajikan anggota polis.
Rundingan IPCMC di Kota Kinabalu merupakan yang keempat dan terakhir diadakan di luar Kuala Lumpur.
Seramai 140 individu, ahli NGO dan anggota polis mendaftar untuk rundingan itu.
Pada 7 Okt, Dewan Rakyat memutuskan untuk menghantar RUU IPCMC ke jawatankuasa pilihan untuk dipertimbangkan selepas ramai ahli Parlimen membantahnya.
Menteri Undang-undang Liew Vui Keong, yang membentangkan RUU itu, menepis dakwaan bahawa kerajaan tergesa-gesa dalam mendraf RUU itu, mengatakan ia mengambil masa dan berunding dengan ramai pegawai kanan polis.
Liew berkata Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), yang ditugaskan untuk menjaga lebih daripada 20 agensi penguatkuasaan, dilihat tidak berkesan kerana ia hanya boleh mengesyorkan hukuman kepada pihak berkuasa disiplin polis.