Ahli ekonomi saran pemaju sewakan rumah tak terjual

Ahli ekonomi saran pemaju sewakan rumah tak terjual

Carmelo Ferlito tidak setuju dengan seruan menyeru peraturan pinjaman dilonggarkan untuk orang ramai beli beli hartanah.

Ahli ekonomi Carmelo Ferlito saran pemaju jadi tuan tanah supaya wang masuk disebalik lebihan rumah sekarang ini.
PETALING JAYA:
Seorang ahli ekonomi mencadangkan pemaju menjadi tuan rumah dan menyewa unit-unit yang tidak terjual ketika banyak hartanah tidak terjual sekarang ini.

Carmelo Ferlito, dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, pemaju tiada pilihan selain mengharungi masa sukar ini dengan tabah kerana masih banyak hartanah di luar kemampuan rakyat.

Baru-baru ini, Bank Negara berkata harga rumah “memang di luar kemampuan” mengikut standard antarabangsa, di mana sebuah rumah di anggap mampu dibeli jika harganya tidak lebih tiga kali ganda daripada pendapatan tahunan isi rumah.

Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Qaiser Iskandar Anwarudin berkata harga purata rumah yang baru dilancarkan adalah RM417,262 manakala harga maksimum rumah mampu milik di seluruh negara pada RM282,000.

Ferlito berkata walaupun lebihan rumah tidak semestinya disebabkan ketamakan tetapi keputusan yang lemah, pemaju perlu memikirkan semula strategi mereka.

Beliau tidak bersetuju dengan seruan menyeru peraturan pinjaman dilonggarkan kerana ia boleh memberi kesan pada sektor perbankan dan hutang isi rumah.

“Kita mahu elakkan krisis gaya subprima,” katanya, merujuk kepada krisis subprima Amerika Syarikat pada 2008 yang mencetuskan peningkatan dalam perampasan harta kerana peminjam gagal membayar hutang yang mereka tidak mampu tanggung.

Ferlito berkata pemaju boleh terus memegang hartanah tidak terjual mereka dan menunggu pasaran pulih dengan menawarkan skim sewa beli walaupun harga tidak mungkin turun ke paras yang dikatakan kategori mampu milik iaitu RM300,000.

“Bagi bekalan yang tidak terjual, barangkali satu penyelesaiannya adalah pemaju jadi tuan rumah, dan mula menyewa unit-unit tidak terjual itu dan sekurang-kurangnya ada wang masuk.”

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong berkata orang ramai tidak seharusnya menolak idea menyewa jika tidak mampu membeli rumah.

“Tak perlu malu menyewa, dan mereka yang ingin membeli rumah harus terus menyewa sehingga kewangan mengizinkan mereka membeli kediaman impian,” katanya.

Oleh kerana ekonomi masih dianggal lembap, beliau berkata ia adalah pasaran untuk penyewa dan bakal pembeli rumah wajar mencari tawaran sewa terbaik sambil menabung untuk membeli hartanah kelak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.