Bank Muamalat lantik Khairul Kamarudin sebagai CEO

Bank Muamalat lantik Khairul Kamarudin sebagai CEO

Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Nov ini bagi menggantikan Mohd Redza Shah Abdul Wahid yang bersara.

Khairul Kamarudin mempunyai 22 tahun pengalaman dalam industri kewangan, dengan 14 tahun bersama Bank Islam Malaysia Bhd. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Bank Mualamat Malaysia Bhd melantik Khairul Kamarudin sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) barunya berkuat kuasa 1 Nov ini bagi menggantikan Mohd Redza Shah Abdul Wahid yang bersara.

Khairul yang berkelulusan Ijazah Undang-undang dari Universiti Anglia Ruskin di United Kingdom, merupakan timbalan ketua pegawai eksekutif bank itu sejak lapan bulan lepas.

“Khairul memiliki 22 tahun pengalaman dalam industri kewangan, dengan 14 tahun bersama Bank Islam Malaysia Bhd,” kata Pengerusinya, Munir Majid dalam kenyataan hari ini.

Bank Muamalat mengalu-alukan Khairul yang mempunyai kelayakan sangat tinggi dalam perbankan Islam dan berharap beliau dapat memimpin institusi itu ke fasa pembangunan seterusnya dalam persekitaran semakin mencabar.

“Saya juga merakamkan terima kasih kepada Redza yang telah berkhidmat dengan cemerlang bersama kami selama 11 tahun, dari peringkat awal sehingga mewujudkan landasan kukuh untuk kemajuan masa depan bank.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.