
Kontroversi itu tercetus minggu lalu apabila dia memakai tudung ketika menyertai lawatan sekolah bersama anaknya dan kanak-kanak lain ke Parlimen di Bourgogne-Franche-Comte, timur Perancis.
Julien Odoul yang merupakan ahli Parti Marine Le Pen’s National Rally (RN) menimbulkan kemarahan ramai dengan satu klip video yang dimuat naiknya ke Twitter menunjukkan dia bersemuka dengan wanita itu.
Beliau mengarahkan wanita itu membuka tudungnya atas alasan “prinsip sekular” susulan pembunuhan empat anggota polis di Paris baru-baru ini oleh seorang individu radikal beragama Islam.
Ahli RN meninggalkan dewan sebelum mengeluarkan satu kenyataan bersama yang mengutuk “provokasi seorang penyokong Islam”.
CCIF dalam satu kenyataan berkata, wanita itu akan memfailkan aduan dengan pendakwa raya di bandar Dijon hari ini atas “keganasan bersifat perkauman yang dilakukan oleh orang yang mempunyai kuasa awam.”
Menurutnya, aduan kedua akan difailkan di Paris pada Jumaat ini kerana “menghasut kebencian kaum”.
Peguam wanita itu, Sana Ben Hadj, berkata anak guamnya berasa “dimalukan” akibat kejadian itu kerana imej berkenaan dikongsi secara meluas.
“Ia bukan sekadar soal sekularisme, tetapi perkauman, cubaan untuk mengecualikan umat Islam daripada Republik,” kata peguam itu.
“Tanpa wanita itu, lawatan sekolah ini tidak akan diadakan. Tiada ibu bapa lain yang ada masa terluang.”
Presiden Emmanuel Macron pada Rabu berkata, umat Islam tidak patut “dikecam” dan beliau memberi amaran mengenai tindakan menyamakan Islam dan usaha menentang keganasan.
Pada 2004, Perancis melarang pemakaian simbol agama menonjol di sekolah awam dan bertudung di dalam bilik darjah serta pejabat kerajaan.
Perancis yang mempunyai populasi Islam terbesar di Eropah juga tidak sepakat mengenai pakaian renang “burkini” dengan bantahan terhadap pakaian itu memaksa penutupan sesetengah kolam renang pada awal tahun ini ketika gelombang panas melanda.
Tahun ini juga, peruncit sukan Perancis, Decathlon berdepan tekanan orang ramai untuk membatalkan rancangan menjual tudung pelari di negara itu.
Tinjauan pendapat yang dikeluarkan pada Isnin lalu mendapati dua daripada tiga orang Perancis menyokong larangan ibu bapa yang menemani kanak-kanak dalam lawatan sekolah daripada memakai simbol agama yang ketara.