Angry Birds Splash Water World bakal memeriahkan cuti sekolah 2019!

Angry Birds Splash Water World bakal memeriahkan cuti sekolah 2019!

Tahun ini anda mempunyai satu lagi pilihan menarik untuk membawa anak-anak ke taman tema yang mengikuti trend terkini iaitu "angry birds".

Cuti sekolah tahun ini akan lebih menarik lagi apabila anda sekeluarga akan dibawa ke satu pengembaraan baru iaitu Angry Birds Splash Water World yang pertama di dunia!

Ia seiring dengan sambutan ulang tahun “Angry Birds” yang ke 10 dimana taman tema air tersebut akan diadakan di Sp Setia, Setia Ecohill, Semenyih sepanjang musim cuti persekolahan 2019 yang bakal tiba.

Tarikh operasi taman tema air ini juga dijangka bermula 22 November 2019 dan berakhir 5 Januari 2020.

Namun ia tidak akan dibuka setiap hari kepada umum, sebaliknya bergantung kepada pihak penganjur sepanjang tempoh dua bulan beroperasi.

Menurut Pengarah Rovio Entertainment India dan Asia Tenggara, Anuraq Sachdera, pembinaan taman tema ini diinspirasikan daripada permainan “angry birds” yang kini menjadi trend dan cukup mendapat tempat dalam kalangan pengemar “game” dalam talian.

“Idea ini tercetus bermula dengan angry birds yang merupakan permainan mudah alih yang popular dan berkembang dari aplikasi permainan ke skop hiburan. Boleh dikatakan pelbagai golongan usia mengetahui mengenai ‘angry birds’ ini.

“Sambutan yang hangat terhadap filem Angry Birds 2 baru-baru ini juga dijangka melonjakkan lagi sambutan orang ramai sekali gus menjadikan taman tema air ini mendapat sambutan hebat,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif One Universal Production, Alvin Lee berkata, hanya 2,000 tiket akan dijual untuk pengunjung setiap hari untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar dan pengunjung mampu merasai pengalaman yang hebat mengenai “angry birds”.

Dalam pada itu, terdapat watak menghiburkan yang memeriahkan lagi kemunculan “angry birds” di taman tema air ini selain penganjur turut membina gelonsor berketinggian 12 meter yang pasti akan memberikan keseronokan kepada pengunjung.

Selain itu ada perarakan watak-watak utama “angry birds”, sesi ramah mesra bersama peminat dan aktiviti menari yang pasti akan menghiburkan anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.