
Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaacob bagaimanapun berkata pemakaian baju putih oleh wakil rakyat Umno dan PAS hanya “kebetulan”.
“Tiada ada sebab…tiada sebab lain,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Bertemakan “”Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama”, Belanjawan 2020 merupakan belanjawan negara kedua kerajaan Pakatan Harapan selepas membentuk kerajaan pada Mei 2018.
Tahun 2020 merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dan menjadi tahun asas kepada penetapan hala tuju RMK12 (2021-2025).
Umno dan PAS memeterai Piagam Muafakat Nasional pada 14 Sept, menandakan kerjasama rasmi dua parti Melayu-Islam terbesar itu pada masa depan sehingga pilihan raya umum ke-15.