Kecantikan satu perkara sangat subjektif kerana setiap orang mempunyai persepsi dan pandangannya yang tersendiri.

Terdapat pelbagai cara untuk mencantikkan diri dan cara tersebut haruslah sesuai dengan setiap individu, khususnya wanita.
Kadangkala kecantikan yang ditonjolkan menimbulkan rasa pelik namun ia merupakan “kecantikan” dalam budaya mereka.
Contohnya, tindik telinga dalam kalangan masyarakat Melayu dan India dilihat cantik kerana dipadankan dengan aksesori yang dekat pada wajah.
Sakit untuk tindik telinga itu hanyalah sementara bagaimanapun ada yang lebih mengerikan daripada itu.
Sebelum kewujudan media massa seperti surat khabar dan televisyen, rata-rata masyarakat di seluruh dunia mengamalkan kepercayaan dan amalan kecantikan yang pelbagai, sesuai dengan kepercayaan dan keunikan tradisi masyarakat tersebut.
Walaupun banyak nilai dan budaya masyarakat di seluruh dunia telah diubah sesuai selaras dengan perkembangan teknologi yang dialami, masih terdapat segelintir golongan mahupun suku kaum yang mengamalkan amalan kecantikan diklasifikasikan sebagai pelik.
1. Gigi bertindih

Malah, pemakaian pendakap gigi juga seakan-akan satu gaya dalam kalangan anak muda di Malaysia kini, namun perkara sebaliknya pula berlaku di kalangan wanita muda di Jepun apabila kebanyakan daripada mereka berbangga memiliki gigi yang berlapis.
Amalan yang juga dikenali sebagai yaeba ini amat berleluasa sehinggakan wanita muda Jepun sanggup berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan pendakap gigi yang direka khusus bagi menjadikan gigi bertindih.
Apa yang lebih pelik, tujuan gaya ini dilakukan dalam kalangan wanita adalah bagi memastikan mereka tampil kurang sempurna dan menarik dalam penampilan mereka.
Gaya kecantikan sebegini juga mula mendapat perhatian wanita muda di Amerika Syarikat.
2. Gemuk itu cantik

Kepercayaan yang berakar daripada amalan lampau masyarakat di situ kebiasaanya dibuat sebagai cara untuk menjadikan seseorang bakal pengantin itu lebih menarik pada hari perkahwinan mereka.
Untuk mencapai bentuk tubuh badan itu, ahli keluarga akan menempatkan wanita berkenaan di suatu tempat yang dikenali sebagai “fat farms” supaya mereka boleh dijamu dengan makanan tinggi lemak seperti kuskus dan kurma.
Seiring dengan perkembangan semasa, amalan ini semakin berkurangan disebabkan impak kesihatan yang sangat teruk, terdedah kepada penyakit jantung dan diabetes.
Tetapi sehingga kini, masyarakat di negara berkenaan masih menganggap gemuk sebagai antara faktor penting dalam menentukan kecantikan seseorang.
3. Aksesori pembalut hidung

Perkara ini dianggap mencacatkan kesempurnaan wajah seseorang.
Bagaimanapun, wanita di Iran lain pula kisahnya kerana mereka menjadikan pembalut luka di hidung sebagai simbol status kekayaan mereka.
Hal ini kebiasaaanya dilakukan oleh wanita yang melakukan pembedahan plastik di wajah mereka.
Lebih pelik, obsesi terhadap pemakaian pembalut luka di hidung turut mendorong wanita yang tidak melakukan pembedahan plastik untuk bergaya dengan aksesori berkenaan.
4. Memahat gigi

Sebagai usaha untuk meningkatkan status sosial dalam kalangan mereka, wanita berkenaan perlu memahat gigi mereka untuk mendapatkan bentuk gigi yang tajam kerana mengikut kepercayaan masyarakat berkenaan, amalan ini boleh menghilangkan emosi negatif dalam kehidupan mereka.
5. Dekorasi pada lubang hidung

Akibatnya, kampung mereka sering diserang oleh suku kaum sekitar bagi menculik wanita Apatani untuk dijadikan sebagai pasangan mereka.
Bagi mengatasi perkara itu, wanita Apatani telah mengambil inisiatif aneh dengan memasukkan aksesori pelik ke dalam lubang hidung dengan anggapan ianya mampu mengurangkan daya tarik mereka terhadap lelaki.
Ternyata, usaha memburukkan wajah mereka dengan aksesori pelik di lubang hidung telah berjaya untuk melindungi wanita Apatani daripada diculik dan amalan ini dianggap sebagai tradisi suku kaum Apatani sehingga kini.
6. Bibir pinggan

Proses memasukkan pinggan pada bibir mula dilakukan apabila wanita berkenaan mencapai usia baligh.
Pinggan tersebut akan dimasukkan sedikit demi sedikit pada bahagian bawah bibir wanita berkenaan yang ditarik sehingga memuatkan keseluruhan pinggan itu.
Pinggan yang digunakan lazimnya dihiasi oleh wanita itu sendiri untuk menunjukkan skil, personaliti mereka kepada bakal suami.
Apa yang lebih menarik ataupun boleh juga dianggap sebagai mengerikan, semakin tinggi darjat seseorang lelaki yang mahu dipikat, semakin besar pinggan yang perlu digunakan seseorang wanita untuk dihiaskan pada bibir mereka.
Sumber: hijabnheels.com
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]