Guna sisa mayat buat aksesori

Guna sisa mayat buat aksesori

Jacqui Williams menghasilkan aksesori menggunakan gigi, rambut dan abu mayat.

Aksesori gigi sentuhan Jacqui Williams akan diikat menggunakan logam berharga seperti perak, emas dan platinum.

Lain padang lain belalang. Begitu juga dengan cara seseorang mengenang kematian insan yang dikasihinya.

Bagi pemilik syarikat Grave Metallum Jewellery, Jacqui Williams, dia membantu pelangganya mengatasi rasa kehilangan dengan menghasilkan aksesori seperti rantai, gelang tangan dan cincin daripada anggota seorang yang telah mati.

Williams, 29, cukup selesa menghasilkan kerja tangannya menggunakan gigi, rambut dan abu individu yang sudah meninggal dunia.

“Saya melakukannya kerana ingin membantu orang lain berdepan kesedihan dan kehilangan kerana hakikatnya, setiap yang hidup pasti akan mati,” katanya yang kini berpangkalan di Melbourne.

Antara aksesori paling mahal yang pernah dihasilkan Williams adalah cincin perkahwinan yang dihiasi dengan gigi suami pelanggannya.

Cincin itu dijual pada harga AUD$7,500 (RM23,532).

William mengakui pernah diminta untuk membuat aksesori daripada bahan yang lebih daripada sekadar gigi dan rambut.

“Saya pernah menolak apabila diminta membuat aksesori menggunakan alat pencegah kehamilan (IUD) dan sarung peluru yang digunakan datuk pelanggannya untuk membunuh diri.

Walaupun kerjayanya disokong keluarga dan rakan-rakan, masih ada yang memandang serong kerana jijik dengan gigi dan tulang yang digunakan sebagai aksesori.

Namun, bagi individu lain gaya perhiasan terbaharu ini adalah ingatan tulus mengenai legasi yang ditinggalkan insan tersayang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.