Adun Sanglang kini stabil

Adun Sanglang kini stabil

Anak perempuan Mohd Shukri Ramli berkata, bapanya yang juga pesuruhjaya PAS Perlis mulai sedar setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Selasa lalu.

Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli. (Gambar Facebook)
KANGAR:
Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang sebelum ini kritikal di Unit Rawatan Koronori (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dilaporkan stabil.

Perkara itu dikongsi anak perempuannya, Masyitah Shukri menerusi Facebook lewat malam tadi.

Menurut catatan itu, Shukri yang juga pesuruhjaya PAS Perlis dikatakan mulai sedar setelah dimasukkan ke HSB Selasa lalu.

“Alhamdulillah berkat doa semua yang tak putus-putus mendoakan abah…hari ini abah dah sedar.

“Masa Abah buka mata tadi, suhu Abah dah turun sikit 37.5°C. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Berkat doa semua pada hari Jumaat yang mulia,” tulisnya yang turut mewakili keluarganya berterima kasih kepada orang ramai yang tidak mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ayahnya.

Shukri dilaporkan kritikal sejak petang Ahad lalu, selepas dimasukkan ke hospital setelah terjatuh akibat serangan jantung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.