MB Perlis tewas pemilihan YDP PAS Arau

MB Perlis tewas pemilihan YDP PAS Arau

Mohd Shukri Ramli gagal merebut jawatan itu daripada penyandang Solahudin Azmi dalam pemilihan yang berlangsung hari ini.

shukri ramli
Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga menteri besar, Mohd Shukri Ramli, tewas kepada penyandang YDP PAS Arau apabila hanya dapat 43 undi daripada 173 perwakilan yang hadir.
PETALING JAYA:
Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga menteri besar, Mohd Shukri Ramli tewas dalam pemilihan jawatan Yang Dipertua (YDP) PAS Arau dalam pemilihan yang berlangsung hari ini.

Shukri yang juga Adun Sanglang itu hanya memperoleh 43 undi apabila tewas kepada penyandang, Solahudin Azmi, yang mendapat 128 undi daripada 173 perwakilan yang hadir mesyuarat agung tahunan PAS Arau, lapor Sinar Harian.

Bagi jawatan timbalan YDP pula, penyandang yang juga speaker DUN Perlis, Ruselee Eizan gagal mempertahankan jawatan itu apabila tewas kepada Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Ridzuan yang juga exco negeri memperoleh 135 undi manakala Ruselee hanya mendapat 34 undi.

Shukri pernah memegang jawatan YDP PAS Arau bagi sesi 2013–2015 apabila beliau menang tanpa bertanding.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.