
Mereka berada di sana bagi membuat pengecaman mayat wanita yang ditemui kira-kira 12.50 tengah hari semalam di kedudukan 5 batu nautika timur Kuala Kemaman oleh nelayan tempatan.
Kira-kira 15 anggota keluarga Puah Geok Tin, 57, yang menaiki 4 buah kereta bernombor pendaftaran Singapura, tiba di hospital itu pada pukul 11.45 malam dengan diiringi oleh sebuah kereta polis dan sebuah kereta kedutaan Singapura cawangan Johor.
Difahamkan bedah siasat akan dilakukan hari ini.
Khamis lepas, Puah dan seorang lelaki, Tan Eng Soon, 62, kedua-duanya warga Singapura, dilaporkan hilang pada kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki mereka terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing.
Mereka dipercayai terpisah dari kumpulan berikutan laut bergelora dan angin kuat.
Semalam, kayak dinaiki kedua-dua mereka ditemui pada 12.55 tengah hari di perairan Kuantan, Pahang sebelum mayat seorang wanita ditemui nelayan pada 12.50 tengah hari Selasa di kedudukan 5 batu nautika timur Kuala Kemaman, Terengganu.