Korea Utara lancar 2 lagi peluru berpandu hari ini

Korea Utara lancar 2 lagi peluru berpandu hari ini

Agensi berita melaporkan 2 peluru berpandu Korea Utara dilancarkan berhampiran timur laut bandar Hamhung.

Tentera Korea Selatan berkata, ia kini memantau situasi sama ada terdapat pelancaran tambahan oleh Korea Utara, selain bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan. (Gambar Reuters)
NEW YORK:
Korea Utara pada Sabtu (waktu tempatan) melancarkan 2 lagi peluru berpandu yang tidak dapat dikenal pasti ke arah Laut Timur, lapor agensi berita China memetik laporan agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Yonhap melaporkan bahawa Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan berkata, peluru berpandu itu dilancarkan berhampiran timur laut bandar Hamhung.

JCS berkata, pihak tentera kini memantau situasi itu untuk melihat sama ada terdapat pelancaran tambahan dan pada masa sama, bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.