Jenayah ‘skodeng’ di Korea Selatan naik sejak 2021

Jenayah ‘skodeng’ di Korea Selatan naik sejak 2021

Seramai 12,995 individu ditahan atas kesalahan menghendap tahun lalu, meningkat 30% daripada 9,999 orang pada 2022.

Data Pejabat Penyelaras Dasar Kerajaan menunjukkan 13,283 kes menghendap direkodkan di Korea Selatan tahun lalu, meningkat 26% berbanding 10,545 kes pada 2022. (Gambar Envato Elements)
SEOUL:
Kes menghendap di Korea Selatan meningkat dalam tempoh tiga tahun sejak pelaksanaan undang-undang antihendap pada 2021, kata seorang Ahli Parlimen memetik data kerajaan, lapor agensi berita Yonhap.

Data Pejabat Penyelaras Dasar Kerajaan yang dikemukakan kepada Huh Young daripada Parti Demokrat pemerintah menunjukkan 13,283 kes direkodkan pada 2024, meningkat 26% berbanding 10,545 kes pada 2022.

Seramai 12,995 individu turut ditahan atas kesalahan berkenaan tahun lalu, meningkat 30% daripada 9,999 orang pada 2022.

Undang-undang antihendap yang berkuat kuasa Oktober 2021 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, manakala pesalah yang menggunakan senjata boleh dikenakan hukuman maksimum lima tahun. Sebelum ini, kes menghendap dikategorikan kesalahan ringan.

Huh menggesa kerajaan memperhebatkan langkah menangani jenayah itu memandangkan kadar penggunaan bajet Kementerian Kehakiman tahun lalu bagi memperkukuh tindak balas terhadap kes menghendap hanyalah 20.9%.

“Jenayah menghendap bukan lagi sekadar konflik antara individu, sebaliknya menjadi masalah sosial yang perlu ditangani kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.