Fakta atau auta… Mandi malam bukan punca paru-paru berair?

Fakta atau auta… Mandi malam bukan punca paru-paru berair?

Udara malam cenderung menjadi lebih sejuk, namun paru-paru berair hanya boleh disebabkan oleh jangkitan atau penyakit lain yang mungkin pernah dialami sebelum ini.

Paru-paru berger atau pneumonia merujuk kepada air berkumpul di dalam paru-paru yang berpunca daripada pelbagai keadaan.

Ia juga dikenali sejenis penyakit radang paru-paru dan berpunca daripada jangkitan oleh bakteria, virus, fungus atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru.

Bagaimanapun orang selalu mengaitkan kononnya mandi malam akan menyebabkan paru-paru berair.

Namun persoalannya benarkah tabiat mandi malam boleh menyebabkan paru-paru basah?

Sehingga kini tidak ada bukti penyelidikan saintifik yang membuktikan mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Udara malam cenderung menjadi lebih sejuk, namun paru-paru berair hanya boleh disebabkan oleh jangkitan atau penyakit lain yang mungkin pernah dialami sebelum ini.

Pada waktu malam, suhu udara cenderung menjadi lebih sejuk.

Ini meningkatkan risiko jangkitan paru-paru kerana udara sejuk dapat membuat saluran pernafasan anda kering sehingga lebih mudah terdedah kepada jangkitan.

Tetapi faktor ini sahaja tidak mencukupi untuk membuat seseorang mengalami jangkitan paru-paru.

Terdapat banyak faktor lain yang terlibat.

Sebagai contoh, daya tahan tubuh dan sejarah penyakit sebelum ini.

Hakikatnya mandi malam terbukti bermanfaat dan salah satu kebaikannya dapat membuatkan anda tidur lebih nyenyak.

Selepas satu hari aktiviti, percikan air dapat memberi kesan segar sehingga menjadikan tubuh dan minda anda relaks.

Sejurus selepas mandi, anda akan berasa sensasi sejuk, sensasi sejuk inilah yang mendorong anda untuk masuk tidur.

Mandi pada waktu malam juga membantu meningkatkan peredaran darah untuk mengekalkan suhu badan yang ideal.

Pendedahan kepada suhu sejuk juga boleh mencetuskan sistem pendarahan untuk mengurangkan keradangan dalam badan.

Di samping itu, mandi malam juga boleh membantu mencegah jerawat dan masalah kulit yang lain.

Selepas satu hari aktiviti, tubuh anda mesti dipenuhi dengan peluh, debu dan bakteria, jadi dengan mandi malam, sekurangnya apabila anda tidur, tubuh anda lebih bersih.

Sumber: Wanista.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.