Tugas setiausaha politik bukan agih kontrak, kata PM

Tugas setiausaha politik bukan agih kontrak, kata PM

Dr Mahathir Mohamad berkata, Kabinet akan membincangkan fungsi tugas dan tanggungjawab setiausaha politik di kementerian untuk mengelakkan amalan penyalahgunaan kuasa berulang.

Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media di Jabatan Perdana Menteri hari ini sambil ditemani Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PUTRAJAYA:
Dr Mahathir Mohamad berkata, Kabinet akan mengembalikan fungsi dan tugas setiausaha politik sebagai perantara bagi menteri dan penduduk di kawasan Parlimen menteri itu.

Perdana menteri itu, Kabinet akan membincangkan fungsi tugas dan tanggungjawab setiausaha politik di kementerian untuk mengelakkan amalan penyalahgunaan kuasa berulang.

“Pada mulanya, setiausaha politik dicadangkan untuk tolong menteri menghubungkan rakyat di kawasannya dan dari kawasan lain.

“Tetapi, kadang-kadang kita dapati dalam kes yang berlaku pada kerajaan lepas, setiausaha politik terlibat dengan agihan kontrak dan ini bukan tugas setiausaha politik,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah (JKKMAR) di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.