
Menurut SPRM, kedua-dua pegawai terbabit ditahan susulan maklumat risikan yang mengesan kegiatan penyalahgunaan kuasa dan rasuah di LTAPP membabitkan kemasukan warga asing.
“’Counter-setting’ ini melibatkan kemasukkan warga asing ke Malaysia dan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai imigresen yang terlibat, yang secara sengaja membenarkan kemasukan warga asing tersebut masuk ke dalam negara tanpa melalui proses tapisan dan pemeriksaan Imigresen yang ditetapkan,” menurut kenyataan SPRM.
Kedua-dua pegawai itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009 dan siasatan lanjut juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti jaringan dan modus operandi sepenuhnya.
SPRM memaklumkan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati terlibat dalam sebarang bentuk rasuah atau salah guna kuasa, khususnya dalam sektor penguatkuasaan yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara.