Pindaan Akta Rahsia Rasmi dijangka tahun depan, kata Hanipa

Pindaan Akta Rahsia Rasmi dijangka tahun depan, kata Hanipa

Peruntukan sedia ada akan diperkemas bagi membendung ketirisan maklumat dalam persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi masa kini.

Hanipa Maidin.
KUALA LUMPUR:
Putrajaya sedang menyemak dan mengkaji pindaan-pindaan pada Akta Rahsia Rasmi (OSA) dalam usaha memperkemas peruntukan-peruntukan sedia ada bagi membendung ketirisan maklumat khususnya dalam persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi masa kini.

“Pindaan Akta 88 dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada 2020 setelah mendapat kelulusan jemaah menteri,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin, menjawab pertanyaan Che Abdullah Md Nawi (PAS-Tumpat) tentang penambahbaikan ketelusan dan keterbukaan kerajaan seperti yang dijanjikan manifesto Pakatan Harapan.

Selain itu, Putrajaya juga sedang melihat 2 akta lain iaitu, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan Akta Perlindungan Saksi, katanya.

Hanipa menegaskan kerahsiaan yang digariskan adalah bagi maksud keselamatan saksi dan keluarganya.

“Saksi perlu dilihat sebagai aset penting yang perlu dilindungi segenap aspek dan sebarang ketirisan mampu menjejaskan program perlindungan saksi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.